Seminar Pencegahan Kebakaran Secara Online

15 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2020, Staf Pusat Internet Bawang Assan telah dijemput untuk menghadiri talimat kesedaran mengenai Seminar Pencegahan Kebakaran Secara Online. Taklimat ini dianjurkan oleh Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia dan penceramah jemputan ialah Encik Jay Wong (Senior Trainer) dengan menggunakan aplikasi Zoom sebagai perantaraan. Tujuan taklimat ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta yang menyertai taklimat ini. Semasa kursus berlangsung, peserta diberikan pendedahan tentang kajian kes kebakaran, statistik kebakaran di Malaysia, sebab-sebab kebakaran berlaku, bahayanya api dan asap terhadap mangsa.

Seminar Pencegahan Kebakaran Secara Online ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali